Tuesday, October 26, 2010

pulau redang pulau yang indah

 
Pulau Redang adalah pulau yang indah di Malaysia. Dengan di kurniakan pasir putih lagi halus dan bersih, air yang jernih, warni-warni hidupan terumbu karang, ikan beraneka jenis dan warna, sudah pasti akan tersemak diingatan pengunjung untuk datang lagi.
Pulau yang hanya terletak 45km dari pantai Kuala Terengganu sebenarnya adalah pulau terbesar daripada pulau-pulau yang ada di Terengganu. Namun pengunjung harus mengetahui waktu dan bulan yang sesuai untuk pergi ke pulau ini. Antara bulan terbaik untuk ke pulau ini ialah bulan April dan Oktober. 
 
Hendak ke pulau ini hanya mengambil masa 1 jam dengan bot laju dari jetty Marang.
Antara tempat menginap dan restoran yang ada di pulau ini iaitu AyuMayang Redang Island Resort, Berjaya Redang Beach Resort, Bahtera Redang Resort, Laguna Redang Island Resort dan Coral Redang Island Resort. 

 
  • Lihatlah betapa indah pemandangan dari arah atas.
  • Setibanya anda di Pulau Redang, terutama pengemar menyelam, di Pulau Redang terdapat 5 tempat menyelam yang mengkagumkan, iaitu Tanjung Lang, Tanjong Tokong, Tanjong Gua Kawah, Pasir Panjang dan Batu Mak Cantek.
  • Perairan sekitar pulau terdapat bangkai kapal karam semasa perang dunia ke-II iaitu HMS Prince of Welsh dan HMS Repulse.

No comments:

Post a Comment