Wednesday, October 27, 2010

muzium terengganu,kuala terengganu

 
Diakui muzium terbesar di Asia Tenggara. Di tubuhkan pada tahun 1976 dan mempunyai 4 blok iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional dan botani dan herba.
Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Muzium Utama mempamerkan galeri seperti tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dll. 

  • Hanya mengambil masa 10-15 minit dengan menaiki bas/teksi. Tempat menginap iaitu Pok Tiong Heritage House, Mozana Beach Resort, Ayu Mayang Resort Sdn Bhd, Permai Inn Kuala Terengganu dan Hotel Grand Continental.
  • Tempat makan di Jus Lekor Stall Losong, Selera Timur 2, Mardi Mohamad Restoran dan Tiga Cabang Pasar weekend.
  • Maklumat Lanjut, hubungi Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu.

Tuesday, October 26, 2010

pulau redang pulau yang indah

 
Pulau Redang adalah pulau yang indah di Malaysia. Dengan di kurniakan pasir putih lagi halus dan bersih, air yang jernih, warni-warni hidupan terumbu karang, ikan beraneka jenis dan warna, sudah pasti akan tersemak diingatan pengunjung untuk datang lagi.
Pulau yang hanya terletak 45km dari pantai Kuala Terengganu sebenarnya adalah pulau terbesar daripada pulau-pulau yang ada di Terengganu. Namun pengunjung harus mengetahui waktu dan bulan yang sesuai untuk pergi ke pulau ini. Antara bulan terbaik untuk ke pulau ini ialah bulan April dan Oktober. 
 
Hendak ke pulau ini hanya mengambil masa 1 jam dengan bot laju dari jetty Marang.
Antara tempat menginap dan restoran yang ada di pulau ini iaitu AyuMayang Redang Island Resort, Berjaya Redang Beach Resort, Bahtera Redang Resort, Laguna Redang Island Resort dan Coral Redang Island Resort. 

 
  • Lihatlah betapa indah pemandangan dari arah atas.
  • Setibanya anda di Pulau Redang, terutama pengemar menyelam, di Pulau Redang terdapat 5 tempat menyelam yang mengkagumkan, iaitu Tanjung Lang, Tanjong Tokong, Tanjong Gua Kawah, Pasir Panjang dan Batu Mak Cantek.
  • Perairan sekitar pulau terdapat bangkai kapal karam semasa perang dunia ke-II iaitu HMS Prince of Welsh dan HMS Repulse.

seni batik di kuala terengganu


kuala terengganu juga terkenal dengan tempat membuat batik..
Pengkelasan batik berdasarkan jenis dan batik terdapat 3 jenis iaitu Batik Sarung, Batik Panjang dan Batik Ela. Manakala teknik pembuatan batik ada 3 bahagian iaitu teknik blok, teknik stensil dan teknik conteng.
terdapat pelbagai jenis corak batik yang boleh kita temui jika kita melancong ke kuala terengganu.

air terjun sekayu,kuala terengganu

air terjun sekayu terletak di kuala berang,kuala terengganu..
sesuai untuk berkelah bersama keluarga.
mempunyai air yang jernih dan dijamin selamat.

pantai bukit kluang,kuala terengganu

Lihat gambar di atas ! Menarik tak ?
Baiklah untuk pengetahuan anda, pantai Bukit Kluang terletak kira-kira dalam 140 km utara Kuala Terengganu dan hanya beberapa kilometer dari Kuala Besut. Pantai yang cukup damai, tenang, bersih serta telah didirikan jambatan buatan di sepanjang tepi bukit untuk memudahkan pengunjung bersiar-siar menikmati keindahan Bukit Kluang. Tanpa anda menyedari, pantai Bukit Kluang juga dikenali sebagai Dendong Beach Park.

taman tamadun islam kuala terengganu.

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di pulau wan man,kuala terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi wilayah ekonomi pantai timur.
Taman tema yang mula dibina pada mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu masjid kristal turut berdiri megah di situ.

keindahan kuala terengganu yang pertama..

masjid ini bernama masjid kristal.
lokasi:pulau wan man,terengganu.
dibuka pada 8 februari 2008.
kapasiti jemaah ialah seramai 700 orang.
diperbuat daripada kaca dan keluli.
dilengkapi dengan wifi dan komputer elektronik.

keindahan kuala terengganu by indra sastrawan

blog ini dibuat atas arahan pensyarah computer application saya iaitu en.aziz..saya indra sastrawan bin muhammad rani bernombor 13DTP10F1055..